Powered By Blogger

Wednesday 23 February 2011

KEMASUKAN KE KOLEJ ANTARABANGSA TEKNOLOGI PROFESIONAL

Selamat Datang ke KATPM

Sesi pendaftaran kemasukan akan diadakan pada:
• 2 atau 3 April 2011
Bertempat di :
Dewan Melati, Putra Palace, Kangar, Perlis
Masa :
9.00 pagi hingga 5.00 petang

Diploma Farmasi
Bidang farmasi telah dikenalpasti sebagai bidang yang kritikal pada masa kini kerana masyarakat kini sangat prihatin terhadap tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Seorang pembantu farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Pusat-pusat Kesihatan. Matlamat utama pembantu farmasi di dalam semua organisasi ini adalah untuk memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, pengedaran dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal. Di samping itu pembantu farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat untuk mempreskripsi dan menggunakan produk farmaseutikal. Ilmu ini juga dapat digunakan untuk melahirkan profesional beretika yang dapat mewujudkan keseimbangan di antara tanggungjawab kemasyarakatan demi untuk memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional mengambil langkah proaktif untuk menawarkan kursus ini bagi memberi peluang kepada remaja yang berminat untuk mendalami ilmu farmasi di peringkat asas sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan berdaftar sebagai ahli farmasi profesional. Di samping itu, kursus ini juga dapat menjadi pemangkin dalam menambahkan ahli-ahli farmasi untuk memenuhi keperluan negara.
Syarat Kelayakan :
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk subjek Fizik / Biologi / Kimia / Sains dan lulus Bahasa Melayu

Diploma Kejururawatan
Di Malaysia, kerjaya jururawat dikategorikan sebagai satu kerjaya profesional dan mempunyai masa depan yang cerah. Kerjaya sebagai jururawat telah menjadi satu kerjaya yang mencabar disebabkan perkembangan dalam bidang perubatan. Jururawat perlu bersaing untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti.
Program pengajian Diploma Kejururawatan yang ditawarkan oleh Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional adalah berdasarkan industrial-driven, academic excellent dan hands-on ini amat bersesuaian dengan keperluan industri di negara-negara membangun. Program pengajian ini akan menghasilkan tenaga kerja separa professional yang akan menyumbang kepada masyarakat dan negara dengan memberikan jaga-rawatan yang holistik.
Syarat Kelayakan :
Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk subjek Fizik / Kimia / Sains dan lulus Bahasa Melayu dan Matematik.

Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia (KATPM) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia (Ruj:R4P0001) dan Kementerian Sumber Manusia, Malaysia (Ruj: L 00357) di bawah kawal selia Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). KATPM ditubuhkan mengikut akta IPTS 1996 dan telah beroperasi sejak 1998 di kampus Kangar, Perlis. Sehingga kini, KATPM telah mengeluarkan ribuan graduan dalam berbagai bidang pengkhususan dan telah pun mendapat pekerjaan. KATPM telah ditauliahkan MS ISO 9001: 2008 (Ruj: AR 3786). KATPM juga diiktiraf oleh United Kingdom Accreditation Service (Ruj: UKAS 074) dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (Ruj: JPA(L) 130/11/1 Klt.59 (34).
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia didaftarkan dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

KATPM juga mendapat perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).
Anda mungkin telah mendapat banyak surat tawaran melanjutkan pelajaran dari institusi Pengajian sama ada swasta atau kerajaan. Persoalannya yang mana satukah pilihan anda atau adakah anda telah membuat pilihan yang tepat?
Mudah! Pilihlah Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia (KATPM) sebagai destinasi anda untuk melanjutkan pengajian. KATPM adalah satu-satunya pilihan ramai pelajar dari segenap pelusuk negara kerana kelebihan dalam perkara-perkara berikut :
• Semua kursus yang ditawarkan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
• KATPM akan membantu mendapatkan pinjaman pelajaran bagi yang layak dan semua pelajar KATPM yang sedia ada telah pun mendapat pinjaman daripada PTPTN atau Agensi Kerajaan.
• Diploma yang dikeluarkan oleh KATPM telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan (JPA) setaraf dengan diploma yang dikeluarkan oleh mana-mana universiti awam dan semua graduan layak dipertimbangkan untuk menjadi kakitangan awam.
• Tenaga pengajar yang berijazah, bertauliah dan profesional.
• Sistem pengoperasian dan pengurusan KATPM diiktiraf dan telah diakreditasi Sistem Kualiti MS ISO 9001 : 2008 (Ruj: AR 3786) dan diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh United Kingdom Accreditation Service (Ruj: UKAS 074).
• Bimbingan kaunseling dan kerjaya berterusan pada pelajar yang memerlukan dilaksanakan oleh pensyarah dan pihak pentadbiran.
• Kawalan keselamatan 24 jam disediakan oleh pihak KATPM.
• Mudah mendapat pekerjaan dalam bidang yang ditawarkan oleh KATPM. Sehingga ini graduan KATPM telah mendapat pekerjaan kecuali pada yang menyambung pelajaran (Sumber : Statistik Alumni KATPM)
• Insurans berkelompok disediakan untuk melindungi semua pelajar KATPM.
• KATPM juga ada menyediakan kerja–kerja yang mudah dan bersesuaian di kampus pada pelajar yang ingin mendapatkan pendapatan sampingan. Ramai pelajar KATPM telah mendapat faedah melalui skim 'On–Campus Job' ini di samping belajar sepenuh masa TANPA menjejaskan pembelajaran.
• Kemudahan perkhidmatan awam yang berdekatan dan mudah diperolehi.
• Jumlah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di KATPM adalah 1,378 orang dan pelajar-pelajar datang dari seluruh pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak
• Jumlah gabungan pengalaman kakitangan KATPM yang luas di dalam pelbagai bidang perubatan, farmasi, kejururawatan, pengurusan perniagaan dan kejuruteraan.
• Kursus–kursus profesional dan peningkatan keterampilan diri yang diperlukan di dalam pekerjaan akan diberi PERCUMA kepada semua pelajar KATPM.
• Kepada pelajar KATPM yang berminat bolehlah menyertai kelab–kelab atau biro–biro seperti Biro Sukan & Rekreasi, Biro Agama, Biro Pemasaran, Kadet Bomba, Askar Wataniah dan lain–lain lagi.
• Kawasan persekitaran yang selesa serta kos sara hidup yang mudah.
• Kemudahan sukan & rekreasi berdekatan.
• Di Perlis terdapat banyak tempat yang menarik seperti Taman Ular & Reptilia Sg. Batu Pahat, Taman Burung, Taman Herba Bukit Air Resort, Perlis Paintball World, Bukit Air Waterfall, Tasik Melati, Pusat Menunggang Kuda, Kompleks Bebas Cukai Padang Besar serta yang terbaru Taman Anggur Perlis dan tempat–tempat menarik lain untuk dilawati.
• KATPM ini diketuai oleh Rektor, Dr. Hj.Hashim Bin Ahmad yang mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dan adalah mantan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA Malaysia dan lain–lain pengalaman dalam dan luar negara dalam bidang akademik dan kemahiran melalui Program Anjuran Pertubuhan Bangsa–Bangsa Bersatu.
• Antara ahli senat KATPM adalah bekas pegawai kanan PETRONAS dan jurutera bertauliah yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang Kejuruteraan Kimia & Gas di dalam dan luar negara.
Sudah tentu anda akan mendapat bimbingan terbaik di Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis demi untuk merealisasikan masa depan yang anda impikan! Insya Allah.


Visi
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia (KATPM) berhasrat untuk menjadi sebagai sebuah institusi yang bertaraf dunia dalam mengendalikan program akademik dan kemahiran.
Misi
• Mengamalkan etika profesionalisme.
• Bekerja sebagai satu pasukan yang kreatif dan proaktif.
• Menjadikan kolej sebagai institusi rujukan dalam bidang teknologi dan profesional.
Strategi
• Mengekalkan mutu kerja yang berkualiti.
• Membina potensi individu bagi menjadikannya berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia.
• Proaktif kepada perkembangan teknologi terkini.
• Mengekalkan kesinambungan komitmen dalam melaksanakan kerja harian.
Nilai Korporat
• Profesional - Memastikan anggota kerja kolej mempunyai tahap keterampilan yang tinggi.
• Kepakaran - Mempunyai tenaga kerja yang pakar dan berusaha meningkatkan kepakaran individu.
• Kerja Kumpulan - Setiap individu penting dalam budaya kerja berkumpulan.
• Komitmen - Komitmen kerja berlandaskan keikhlasan, kejujuran, ketakwaan dalam melahirkan graduan yang berhemah tinggi.

www.katpm.edu.com.my

9 comments:

  1. Replies
    1. hey syiera .. awk masuk la laman web kptm.edu .. nanty kat dalam tuu dye bagi tarikh2 untuk pendftaran :)

      Delete
    2. Sesiapa yang mahu dapatkan atau dapat surat tawaran KATPM Perlis DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej SMS @ WHATAPPS @ WECHAT yang diambil, AM, TEL : 017-6842 836 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian. Anda juga boleh menghubungi AM, TEL : 017-6842 836 atau emailkan kepada ammarmaju@yahoo.com untuk pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran KATPM.

      Delete
  2. Sy dah dpt twrn ksana tpi sy ragu2 la katpm ni ad x elaun sara diri?
    Tkut nti pinjaman ptptn just utk byr yrn pngajian je..

    ReplyDelete
  3. auntie da kol...dia kata klu dpt bantuan mara, akan dpt wet belanja rm500lbh, wet beli lapypy 2k, wet stationery dlm rm200....tpi kalau ptptn x tau la.

    ReplyDelete
  4. tempat tinggal kena bagi sedia?

    ReplyDelete
  5. Sesiapa yang mahu dapatkan atau dapat surat tawaran KATPM Perlis DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej SMS @ WHATAPPS @ WECHAT yang diambil, AM, TEL : 017-6842 836 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian. Anda juga boleh menghubungi AM, TEL : 017-6842 836 atau emailkan kepada ammarmaju@yahoo.com untuk pertanyaan lanjut mengenai pendaftaran KATPM. Maklumat lanjut boleh lihat kat katpmintake.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Farmasi ni ok ke...subject pa yg ditekankan

    ReplyDelete
  7. kos diagnostic radiographic ada tak kt sna..aka xray

    ReplyDelete